No Image Available

Pengansah Runding

 Author: Patricia Ganing  Category: Sastra  Publisher: Lembaga Literasi Dayak  Published: 2024  ISBN: -  Pages: 124  Dimension: 14x21 cm  Harga: Rp. 100.000,-  Beli dari LLD
 Description:

Buku ini mengandungi sebanyak 50 buah puisi moden Iban dan merupakan hasil koleksi asli penulis selama beberapa tahun. Puisi-puisi yang terhasil ini juga adalah hasil garapan daripada pengalaman dan pengamatan penulis ter-hadap rencam kehidupan masyarakat.

Buku Pengansah Runding ini telah memuatkan tema-tema kekeluargaan, percintaan, persahabatan dan kemasya- rakatan yang mengandungi pelbagai kata-kata nasihat serta motivasi. Justeru, besar harapan penulis agar menerusi kata-kata motivasi yang diselitkan secara tersirat dan tersurat dalam puisi tersebut dapat meningkatkan semangat pembaca.

Buku Pengansah Runding ini juga mempunyai keistimewaannya kerana disertakan dengan video deklamasi puisi oleh penulis. Video deklamasi puisi ini boleh ditonton oleh pembaca dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada setiap puisi.

Justeru, pembaca bukan sahaja membaca puisi secara lisan malah turut dihiburkan dengan alunan muzik yang mengiringi setiap puisi. Rentetan itu, penulis pasti gabung-an lisan, audio dan video dalam buku ini merupakan suatu pembaharuan dalam mempersembahkan puisi khasnya puisi dalam Bahasa Iban.


Other Books From - Sastra




Other Books By - Patricia Ganing


No Books Available!


 Back